fariz fAr

fariz fAr Poems

Mengapa engkau titipkan perkabaran
duka buatku?
ketika aku masih mencari
sinar harapan bahagia
...

pertama kali bertentang mata dengannya
hatiku bagai berbisik
satu perasaan yang begitu asyik
belum pernah kurasa
...

The Best Poem Of fariz fAr

Penantian

Mengapa engkau titipkan perkabaran
duka buatku?
ketika aku masih mencari
sinar harapan bahagia

belum kujumpa
tapi sinar hampa yang datang bertimpa
bukan mahu kuingkari hakikat hidupku ini
tetapi kata-MU,
setiap insan ada bahagianya

tapi untukku,
dimanakah bahagiaku?
adakah masih jauh beribu batu..
ataupun ia sengaja menjauhiku
seakan mengerti

adakala aku sudah tidak berdaya
kadang kala aku rasa hampa
adakala aku hilang upaya
dan adakala timbul sengketa

bilakah penantian ini akan berakhir?
bilakah epilog duka akan berangkat pergi
berganti cerita bahagia yang acapkali dinanti...

201008/0229

fariz fAr Comments

fariz fAr Popularity

fariz fAr Popularity

Close
Error Success