Aku Berserah Kepadanya Poem by Fareez Phalez

Aku Berserah Kepadanya

Bukan semua yang aku impikan
Akan menjadi milikku
Dan walau aku menyayangimu
Aku tidak mengharapkan balasan

Kerna aku ikhlas

Aku tahu bukan semua yang hadir
Akan kekal sepanjang riwayatku
Dan untuk semua yang pergi dulu
Aku pasrah kepada takdir

Kerna aku redha

Aku harap kau tidak salah mengerti
Bukannya aku tidak kisah
Walau aku telah berusaha
Bukan semua yang ku mahu akan ku miliki

Aku berserah kepadaNya

Tuesday, March 27, 2018
Topic(s) of this poem: love
COMMENTS OF THE POEM
READ THIS POEM IN OTHER LANGUAGES
Close
Error Success