Demi Mu Poem by Valentino Igat

Demi Mu



Andainya aku ketahui
hari ini kali terakhir aku
mendengar suaramu,
Akan aku rakam
suaramu sebagai kenangan
terindah...

Andainya aku ketahui
esok aku tidak berpeluang
untuk membahagiakanmu,
Akan ku bahagiakan
dirimu hari ini sebelum
tibanya hari esok...
Andainya aku
ketahui esok aku
tiada lagi,
Akan ku lakukan
segalanya hari ini
untuk mengatakan bahawa ku
amat bahagia mengenalimu
sebagai seorang sahabat...

COMMENTS OF THE POEM
READ THIS POEM IN OTHER LANGUAGES
Valentino Igat

Valentino Igat

Song, Kapit, Sarawak, Malaysia
Close
Error Success