Mentari Pasti Bersinar Lagi Poem by Fareez Phalez

Mentari Pasti Bersinar Lagi

Mendung hanyalah awan yang berlalu
Aku yakin kau pasti masih di situ
Bila awan mencurahkan hujan ke bumi
Aku yakin menanti ia akan berhenti

Dalam diam menunggu aku berdoa
Semuanya akan kembali seperti sediakala
Aku pasti mentariku akan bersinar lagi
Bersinar indah bersama sang pelangi

For Uzma
2019

Monday, June 17, 2019
Topic(s) of this poem: love
POET'S NOTES ABOUT THE POEM
Kepada Uzma:

"Semoga awak kembali sembuh secepat mungkin. Saya menantikan khabar yang baik dari awak. Nama awak sentiasa ada dalam doa yang saya hajatkan kepadaNya. Sesungguhnya semuanya berlaku di atas kehendakNya, kita redha dengan tabah. Jangan pernah lupa bahawa ramai yang menyayangi awak."
COMMENTS OF THE POEM
READ THIS POEM IN OTHER LANGUAGES
Close
Error Success