Aku hadir dari dunia yang gelap
Dunia yang berbeza dari duniamu
Mereka semua sering berkata
Diriku tidak sepadan denganmu
Mereka sering berkata
Bahawaku sudah tertutup pintu hati
Taku usahlah kau mengejar-ngejarkanku
Kerna hatiku bukan untuk dimiliki
Mereka sering berkata
Aku tidak kenal erti kasih sayang
Aku bukanlah seorang yang baik
Cukup sajalah kau terbayang-bayang
Mereka sering berkata
Aku tidak akan pernah menghargaimu
Aku tidak tahu erti kesetiaan
Lalu engkau bukanlah yang hanya satu
Mereka sering berkata
Aku seorang insan yang kejam
Tingkah lakuku akan melukaimu
Aku hanyalah pisau yang tajam
Mereka sering berkata
Aku bersikap kepala batu
Aku seseorang yang susah dikawal
Kau tidak mampu mengubah diriku
Mungkin benar kata-kata mereka
Biarlah au di dalam dunia gelapku
Sayangku, bukannya aku tak sudi
Hakikatnya aku tak layak bersamamu
... Semuanya kerana apa mereka sering berkata
2015
This poem has not been translated into any other language yet.
I would like to translate this poem