Salam daripadaku di sini
Yang tidak dapat bertemu denganmu
Walau di mata kita berjauhan
Di hati ini kau dekat selalu
Maafkan aku kerana terpaksa pergi
Bukan kehendakku berjauhan denganmu
Namun telah pun kau pinta perpisahan
Terpaksa jua ku turutkan kehendakmu
Lantas ku menulis surat ini
Tidak mengharapkan balasan darimu
Sekadar mengucapkan selamat tinggal
Dan semoga engkau bahagia selalu
Semoga kau temui pengganti diriku
Yang dapat mencuri hatimu lagi
Yang mampu membuatmu tersenyum
Yang akan selalu berada di sisi
Walaupun remuknya hati
Aku terima dan aku redha
Akan aku tabahkan semangat
Walaupun di sini batinku terseksa
Selama dua tahun tidak bertemu
Pasti suatu hari nanti aku berjaya
Untuk melupakan dirimu
Setelah bebas dari penjara cinta
2015
This poem has not been translated into any other language yet.
I would like to translate this poem