Penjara Kehidupan Poem by Fareez Phalez

Penjara Kehidupan

Penjaraku tidak dibuat dari batu_bata
Tiada tembok konkrit atau jeruji besi
Namun ia masih mampu mengurung jiwa
Menggilakan akal dan mematikan hati

Penjaraku terlalu mengawal diriku
Walau pada zahirnya ragaku bebas
Namun batinku terus memberontak
Dalam diam aku rimas dan lemas

Penjaraku ialah seluruh hidupku
Rasa bagai dilahirkan ke dalamnya
Apalah erti hidup yang sementara ini
Andai sementara menjadi penjara buat selamanya

Oleh itu terbuktilah bahawa jiwaku kosong
Kerana hidupku tidak bermatlamat
Kewujudanku sekadar satu persinggahan
Sementara menunggu semuanya tamat

2017

Saturday, July 8, 2017
Topic(s) of this poem: life
COMMENTS OF THE POEM
READ THIS POEM IN OTHER LANGUAGES
Close
Error Success