Shemsi Elsani

Rookie - 394 Points (malaysia)

Aku, Diri Dan Sendiri - Poem by Shemsi Elsani

Tintaku kali ini berbaur jalang, maafkan

Dalam kehebatan profesionalisma
Yang kononnya agung melangit
Menjunjung seribu, malahan jutaan sumpah dan janji-janji
Bertekad itu dan ini, bermadah semanis madu
Beralun selunak buluh perindu
Yang asyik masyuk, liuk lentok tak tersedarkan
Betapa gahnya, betapa megahnya tak terjangkaukan dek minda

Bak pelesit hitam pekat, menyelinap segenap pembuluh darah hitam likat
Bersembunyi dibalik tabir senyuman seindah mentari pagi
Menuturkan biat-biat kata seindah pujangga silam
Berselindung, umpama si pengecut kolot ketakutan
Kecil dan mengecil

Dalam kehebatan yang sebegitu tinggi
Ada perca-perca kepelesitan, tanpa belas
Mempersetankan pada sesiapa, sesedap, sesuka hati dan rasa
Jauh mencaliti titik hodoh pada hujah-hujan indah sumpahan
Mana perginya kemanusiaan, lalu tersungkur ranap, seolah haiwan
Tikam menikam, bunuh membunuh, asal lepas diri melayang
Tersengih menunding pada yang tunduk menghormat

Berhargakah segugus ilmu yang mulia
Membenami dalam dada, untuk mengacu akhlak diri
Supaya onar tidak merajai minda nan kononnya pintar
Terkubur segalanya dalam kepentigan kendiri, nan tak kunjung usai
Menggamit segenap peluang untuk dilempiaskan
Tanpa sesaat befikir akan kemashlahatan sejagat

Topic(s) of this poem: life


Comments about Aku, Diri Dan Sendiri by Shemsi Elsani

There is no comment submitted by members..



Read this poem in other languages

This poem has not been translated into any other language yet.

I would like to translate this poem »

word flags


Poem Submitted: Wednesday, March 25, 2015



[Report Error]