Wahai Gadis Poem by Sivananthan Manoharan

Wahai Gadis



Di pertengahan semester yang lalu,
Kurenungi wajahmu mendalam,
Wajahmu mekar di kamar hatiku,
Membisik sesuatu menusuk mendalam.

Dari jauh kurenungi bebola hitam putihmu,
Lautan ombak merah menghiasi bibir halusmu,
Mataku tertacap kemas tubuhmu,
Wahai gadis siapakah dirimu?

Kupercaya dan masih lagi kupercaya,
Kurenungi mutiara hitammu yang terbenam di lautan putih,
Kulihat dunia, kulihat segala,
Kulihat dirimu kulihat diriku.

Ku mahu bina sebuah mahligai,
Ku pasti bahagiamu menanti,
Ku berjanji cintaku sehidup semati,
Cintaku bukan bagai mimpi pulang pagi.

Landasan ini landasan kita,
Landasan ini mencorak segala,
Ku sangka pagi sudah menjelma,
Hitam rambutmu menafikan segala.

Di persimpangan itu langkahmu terhenti,
Menoleh melihatku sepi,
Senyumanmu indah menguntum bak puteri,
Langkahku terhenti, uratku mati.

Rabu menjelma, Selasa menyepi, Khamis menanti,
Hatiku rindu menghitung hari,
Ke kanan ke kiri langkahmu meniti,
Menanti jawapan dari bibir mungilmu ini.

COMMENTS OF THE POEM
READ THIS POEM IN OTHER LANGUAGES
Close
Error Success